Hostings

Hostings
The world's #1 Hosting

Wednesday, January 15, 2014

Jauhi Kabinet jika tidak boleh beri sumbangan, kata Kadir kepada MCA The Malaysian Insider


MCA tidak sepatutnya menyertai Kabinet jika tidak mempunyai apa-apa untuk disumbangkan kepada kerajaan, kata bekas Ketua Pengarang New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.
Dalam posting terbaru dalam blognya, The Scribe, Kadir berkata, jika parti kaum Cina itu tidak berada di dalam, mereka boleh terus mengkritik kerajaan dan mendapat penghormatan orang ramai.
"Jika tidak dapat menyumbangkan apa-apa, lebih baik jauhkan diri dan kritik kalau kerajaan membuat silap.
"Dengan cara itu, MCA boleh mendapat sedikit kredibiliti. Harap-harap menjelang PRU14 parti itu boleh menang beberapa kerusi lagi untuk BN," katanya.
Spekulasi terkini ialah MCA akan memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk mengkaji balik pendirian tidak menerima sebarang jawatan Kabinet sebelum ini berikutan pencapaian lemahnya dalam PRU13.
Ini berikutan ramalan akan berlaku penyusunan semula Kabinet tidak lama lagi.
Kadir berkata, Putrajaya sudah cukup bermasalah dengan isu penjimatan kos baru-baru ini dan tidak perlu untuk menambahnya lagi hanya kerana mahu memenuhi keperluan MCA.
"Pemimpin baru perlu membuktikan dahulu mereka mampu memberikan sesuatu," katanya.
MCA, selain Gerakan adalah ahli Barisan Nasional (BN) yang paling lemah dalam gabungan pemerintah, kata wartawan veteran itu.
“Petanda yang menunjukkan harapan ialah kedua-dua parti itu kini di bawah kepimpinan baru.
“Jangkaan ialah pemimpin baru itu untuk mencadangkan idea baru, bukan sahaja untuk mengukuhkan parti mereka, tetapi juga membantu negara berkembang dan menjadi tempat yang baik untuk hidup,” katanya.
Beliau bagaimanapun menggesa MCA untuk “melakukan lebih” untuk menguatkan kenyataan mereka memerangi rasuah, bukan sekadar membuat bising sahaja.
“Tiada yang baru dengan kenyataan itu. Rakyat, terutama penyokong BN menjangkakan lebih lagi tindakan membanteras rasuah daripada pemimpin baru MCA.
“MCA patut melakukan kajian yang sempurna dan tampil dengan fakta serta angka jika mereka mahu rakyat percaya dengan keseriusan mereka,” kata Kadir.
Katanya, parti sepatutnya meluaskan usaha dan memastikan komuniti perniagaan Cina supaya terlebih dahulu menghentikan amalan rasuah.
“Siapa yang tidak tahu bahawa kontraktor dan pemaju adalah pesalah terbesar? MCA patut beritahu mereka supaya berhenti merasuah majlis tempatan, pejabat tanah dan pihak berkuasa pengurusan undang-undang.
“Pembersihan perlu bermula dengan ahli MCA sendiri. Selepas itu baru rakyat akan lihat mereka serius dalam membanteras rasuah,” katanya.
Kadir juga menyelar parti itu kerana tidak cukup membantu masyarakat Cina yang miskin berikutan kenaikan kos sara hidup yang terus meningkat.
“Masyarakat Cina yang mengawal ekonomi. Kita semua tahu kebanyakan pemaju adalah Cina. Kita juga tahu bahawa harga hartanah mencanak naik. Mengapa MCA tidak melakukan sesuatu,” katanya.
“Ketika pemaju kata rumah berharga sekitar RM1 juta adalah mudah jika dibandingkan dengan negara lain, MCA hanya diam, seolah-olah berpakat dengan mereka,” katanya.
Menggunakan Hong Kong, Singapura dan Macau sebagai contoh, beliau berkata tanah di negara berkenaan sukar didapati tetapi pendapatan mereka sangat tinggi berbanding Malaysia.
“MCA tidak boleh berpura-pura semua Cina adalah kaya. Ada sesetengahnya yang mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit, kereta besar, jet peribadi, helikopter dan kapal layar, tetapi majoritinya tidak mampu membeli rumah mahal. Apa tindakan MCA mengenai perkara ini?
“MCA boleh memberi perkhidmatan yang hebat kepada rakyat dengan menunjukkan kepada mereka betapa pemaju menjadi tamak. Mereka terus mendesak untuk kepadatan lebih tinggi menyebabkan kesesakan lalu lintas, masalah parker dan isu sosial,” katanya.
MCA, katanya, tidak perlu berada dalam kerajaan untuk “melakukan perkara baik” kepada rakyat tetapi sebaliknya mereka patut bekerja untuk memenangi kembali keyakinan pengundi.
“Selepas itu, baru ada peluang berlawan untuk menang kembali undi Cina. Bawa ke depan idea segar untuk memperolehi hormat dan sokongan,” katanya. – 13 Januari, 2014.

No comments:

Post a Comment