Hostings

Hostings
The world's #1 Hosting

Tuesday, December 3, 2013

Kata putus di tangan Najib terhadap tuduhan ke atas Peguam Negara, kata pengkritik The Malaysian Insider – 3 hours ago


Semua mata tertumpu ke atas Datuk Seri Najib Razak agar kerajaannya tidak turut terjejas dengan sikap berdiam diri Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) susulan dakwaan salah guna kuasa yang dibuat oleh seorang bekas pegawai tinggi polis baru-baru ini.
Pengkritik menyifatkan dakwaan ke atas Abdul Gani adalah serius, penglibatannya dalam pemalsuan bukti kes mata lebam dan wujud elemen kecuaian sehingga menyebabkan kekalahan dalam kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura bukan suatu perkara yang remeh.
Tekanan berada kini kepada Putrajaya untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi memaksa Abdul Gani dan pihak terlibat menjawab dakwaan yang dibuat dalam Perakuan Bersumpah (SD) 31 muka surat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim pada Oktober lalu.
Hanya Perdana Menteri boleh mendesak penubuhan RCI dan tekanan tersebut semakin kuat sejak semalam apabila pesara hakim, pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan peguam berkata Putrajaya tidak lagi boleh mengendahkan pendedahan kontroversi Mat Zain tersebut.
"Sebuah RCI adalah telus kerana ia akan terbuka kepada umum," kata Pengerusi DAP Karpal Singh sambil sambil menambah salah guna yang dibangkitkan dalam SD adalah sangat serius dan mempunyai implikasi besar.
Pengasas bersama Lawyers for Liberty, Eric Paulsen juga menegaskan pendedahan Mat Zain adalah serius kerana beliau menuduh Abdul Gani memalsukan bukti dan terlibat dalam amalan rasuah.
"Membiarkan isu ini melarat akan menyebabkan keyakinan orang ramai terhadap Abdul Gani lebih buruk, sama ada beliau patut kekal sebagai Peguam Negara ataupun sebaliknya," katanya kepada The Malaysian Insider.
Paulsen berkata, Najib perlu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat semua dakwaan termasuk memberi cadangan tindakan susulan terhadap mereka yang bersalah.
"Berdiam diri bukan pilihan untuk Putrajaya kerana tuduhan terhadap Abdul Gani telah berlarutan sekian lama dan didedahkan pula dalam SD serta disahkan pula oleh seorang pesara kanan polis," katanya.
Hakim bersara Mahkamah Rayuan Datuk Shaikh Daud Mohd Ismail berkata, perkara yang didedahkan Mat Zain dalam SD boleh diterima sebagai benar sekiranya Putrajaya dan Abdul Gani memutuskan untuk berdiam diri.
Shaikh Daud yang juga pernah menjadi Ketua Pendakwaraya di Pejabat Peguam Negara berkata, Perdana Menteri perlu mengambil peduli kandungan SD tersebut kerana ia melibatkan pegawai undang-undang kerajaan.
"Pilihan yang lebih baik adalah menubuhkan RCI untuk menentukan kebenaran kerana pesara kanan polis telah membuat dakwaan dalam pengakuan bersumpah," katanya.
Shaikh Daud berkata, perkara itu perlu ditangani segera kerana bimbang persepsi awam tambahan dakwaan tersebut melibatkan kedaulatan negara berhubung kes Pulau Batu Puteh.
Mat Zain menjadi perhatian sejak tiga minggu lalu berikutan dakwaannya terhadap Abdul Gani yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kekalahan kes Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Beliau seterusnya mendakwa Gani dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bertanggungjawab memalsukan keterangan dalam insiden mata lebam yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mat Zain tidak berpuas hati kerana panel tiga hakim yang sudah pun bersara membersihkan kedua-dua mereka daripada salah guna kuasa, mendesak agar Abdul Gani dibicarakan di hadapan tribunal sebagaimana yang dikehendaki di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Isnin lalu, beliau mendedahkan salinan SD yang dibuat kepada beberapa laman portal berita dan ahli Parlimen yang dikenalinya.
Beliau juga pada Oktober lalu telah menyerahkan salinan SD kepada Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara, peguam pendakwa dan Ketua Polis Negara tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil. – 4  Disember, 2013.


Bekas polis desak Peguam Negara buka semula kes mata lebam Anwar
The Malaysian Insider – 17 hours ago

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mendesak supaya siasatan insiden pemalsuan bukti kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuka semula susulan arahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya polis membuka semula siasatan kes rogol di Kedah semalam.
Mat Zain berkata, sekiranya Peguam Negara boleh mengarahkan siasatan semula kes pasangan suami isteri remaja di Kedah, maka perkara sama boleh dilakukan dalam siasatan kes mata lebam Anwar.
Semalam Gani berkata, polis akan membuka semula siasatan kes rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang berkahwin dan bercerai dengan lelaki yang dikatakan perogolnya.
Beliau berkata, gadia remaja itu membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai, 2013.
Katanya, dia dirogol dua remaja kemudian dirogol oleh Mohd Fahmi Mohamed Alias yang kemudian menjadi suaminya.
"Peguam Negara sedia mengarahkan polis membuka kes tersebut di atas kesilapan atau ketinggalan pihak penyiasat atau DPP (Timbalan Pendakwa Raya) yang mengendalikan kes tersebut.
"Maka saya mendesak malah mencabar Peguam Negara untuk membuka semula penyiasatan ke atas laporan Polis Dang Wangi No: 2/08 bertarikh 1 Julai 008 yang dibuat oleh Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan media hari ini.
Mat Zain mendakwa, beliau teraniaya disebabkan oleh insiden mata lebam tersebut bersama-sama seorang lagi saksi yang memberikan keterangan iaitu Dr Abdul Rahman Yussof.

"Kamu boleh lihat bagaimana pihak terlibat memutarbelitkan penyiasatan perkara ini yang berkesudahan dengan Gani dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dibersihkan daripada perbuatan salah laku.
"Sementara Dr Rahman dan saya dibiarkan untuk dijadikan bahan spekulasi dan cemuhan rakyat," katanya.
Beliau berkata, insiden pemalsuan mata lebam tersebut sepatutnya disiasat oleh polis dan bukannya menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu.
"Kes ini diserahkan kepada BPR ketika itu dan penyiasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 Akta BPR. Undang-Undang yang digunakan ini adalah langsung tidak berkaitan dengan kesalahan memberi atau mereka keterangan palsu seperti yang dilaporkan.
"Sepatutnya kes ini disiasat di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang sememangnya khusus untuk penyiasatan kesalahan ini dan badan yang paling layak dan mahir menyiasatnya ialah polis dan bukan BPR/SPRM," katanya.
Insiden tersebut mendapat perhatian selepas Anwar hadir di mahkamah pada 29 September 1998 dengan keadaan mata lebam akibat ditumbuk Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Anwar secara peribadi menuduh Abdul Gani dan Musa Hassan mereka bukti terhadapnya semasa perbicaraan, khususnya laporan perubatan mata lebam kononnya memukul diri sendiri semasa di dalam penjara.
Tuntutan Anwar itu disokong dengan surat terbuka pegawai kanan polis Mat Zain kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden "mata lebam" Anwar.
Mat Zain pada waktu itu adalah pegawai yang menyiasat kes mata lebam itu. – 3 Disember, 2013.



No comments:

Post a Comment